Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Sarawak, mengeluarkan 151 notis kompaun bernilai lebih 110 ribu ringgit kepada majikan yang gagal mendaftar perusahaan dan pekerja melalui Ops Kesan.<br /><br />Kompaun berkenaan direkodkan dalam tempoh dua hari iaitu pada 7 hingga 8 jun, hasil lawatan di 687 premis majikan di seluruh negeri.<br /><br />Pengarah Perkeso Sarawak Phillip Sangkan berkata ada majikan yang enggan mengaku pekerjanya bagi mengelak mencarum dalam pertubuhan itu.